Sunday, January 25, 2009

Smart Purnama Network

Adalah kesatuan ahli-ahli HPA yang berdaftar di bawah tajaan Smart Purnama Enterprise atau di bawah tajaan mana-mana downline Smart Purnama Enterprise. Ianya diwujudkan sebagai wasilah (platform) dalam memberi servis (membantu, membimbing dan melatih) semua ahli rangkaian untuk bergerak aktif sebagai Pengedar HPA seterusnya menjadi Leader dan aktivis HPA (Pengarah Jati Setia - PJS).


SMART PURNAMA ENTERPRISE

Adalah syarikat perkongsian yang ditubuh dan dikawal selia oleh 6 orang sahabat, dengan objektif dan matlamat utama untuk menjana dana kewangan kepada NGOs Islam (dakwah, pendidikan dan kebajikan) dalam setiap lapangan perjuangan, melalui pendapatan hasil bonus perniagaan HPA. Oleh yang demikian, sekirannya anda menjadi ahli HPA di bawah rangkaian ini, bererti anda adalah

Penyumbang Dana Kewangan NGOs Dakwah

Selain daripada menyumbang kepada NGOs Islam, sebahagian daripada pendapatan syarikat juga akan digunakan untuk menampung kos aktiviti dan bahan-bahan promosi HPA untuk semua ahli rangkaian Smart Purnama Network atau dalam erti kata yang lain membantu anda kembali.

Bagaimana ??

Setiap pembelian mana-mana produk HPA mengandungi nilai mata atau PV tertentu. Setiap pembelian, anda akan mendapat sejumlah PV. Bagi setiap nilai PV yang anda perolehi, anda akan menyumbang bonus kepada Smart Purnama melalui Bonus Generasi Pangkat (nilai bonus bergantung kepada aras mana anda berada) dan beberapa jenis bonus yang lain. Malah setiap belian anda atas nama Stokis Smart Purnama juga akan menyumbang 11% bonus stokis kepada Smart Purnama.

No comments:

Post a Comment