Sunday, January 25, 2009

Smart Purnama Network

Adalah kesatuan ahli-ahli HPA yang berdaftar di bawah tajaan Smart Purnama Enterprise atau di bawah tajaan mana-mana downline Smart Purnama Enterprise. Ianya diwujudkan sebagai wasilah (platform) dalam memberi servis (membantu, membimbing dan melatih) semua ahli rangkaian untuk bergerak aktif sebagai Pengedar HPA seterusnya menjadi Leader dan aktivis HPA (Pengarah Jati Setia - PJS).


SMART PURNAMA ENTERPRISE

Adalah syarikat perkongsian yang ditubuh dan dikawal selia oleh 6 orang sahabat, dengan objektif dan matlamat utama untuk menjana dana kewangan kepada NGOs Islam (dakwah, pendidikan dan kebajikan) dalam setiap lapangan perjuangan, melalui pendapatan hasil bonus perniagaan HPA. Oleh yang demikian, sekirannya anda menjadi ahli HPA di bawah rangkaian ini, bererti anda adalah

Penyumbang Dana Kewangan NGOs Dakwah

Selain daripada menyumbang kepada NGOs Islam, sebahagian daripada pendapatan syarikat juga akan digunakan untuk menampung kos aktiviti dan bahan-bahan promosi HPA untuk semua ahli rangkaian Smart Purnama Network atau dalam erti kata yang lain membantu anda kembali.

Bagaimana ??

Setiap pembelian mana-mana produk HPA mengandungi nilai mata atau PV tertentu. Setiap pembelian, anda akan mendapat sejumlah PV. Bagi setiap nilai PV yang anda perolehi, anda akan menyumbang bonus kepada Smart Purnama melalui Bonus Generasi Pangkat (nilai bonus bergantung kepada aras mana anda berada) dan beberapa jenis bonus yang lain. Malah setiap belian anda atas nama Stokis Smart Purnama juga akan menyumbang 11% bonus stokis kepada Smart Purnama.

Dunia Hari Ini Adalah Dunia MLMS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dunia hari ini menyaksikan runtuhnya empayar perniagaan milik orang yahudi yang telah lama menguasai ekonomi dunia. Sistem ekonomi berasaskan Kapitalis sedang menuju kehancuran sekali gus memberi kesan kepada ekonomi dunia. Gelombang kegawatan ekonomi yang melanda dunia hari ini kesannya dijangka berlarutan sehingga 10 tahun. Dan perlu diingatkan adalah, tahun 2009 adalah tahun yang pertama. Ini bermaksud kesan kegawatan ekonomi dunia ini sebenarnya baru di peringkat permulaan. Sehingga artikel ini ditulis, seramai kira-kira 13 ribu orang pekerja telah dibehentikan yang majoritinya dari sektor pembuatan (perkilangan). Dan perlu diingat, Januari 2009 adalah bulan pertama dan kita akan merasai kesan yang lebih dasyat dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang.

Kejatuhan empayar ekonomi berasaskan Kapitalis ini, perlukan diisi dengan satu kebangkitan baru. Kebangkitan sistem ekonomi berasaskan syariah atau sistem muamalah Islam perlulah dipandang sebagai satu penyelesaian terbaik. Kita melihat sistem perbankan Islam yang telah mula diterima oleh kebanyakkan bank termasuk Bank Dunia. Jika sistem perbankan Islam itu boleh diterima, kenapa sistem-sistem kewangan, perniagaan dan muamalah Islam yang lain itu tidak diguna pakai secara menyeluruh dan meluas.

Siapa yang menguasai ekonomi, dialah yang menguasai dunia. Itulah realiti yang berlaku sejak puluhan tahun lalu. Lihatlah dunia hari ini, bila ekonomi dikuasai oleh Yahudi di mana senarai orang-orang kaya di dunia majoritinya adalah orang Yahudi. Mereka hanya berjumlah 10 juta orang sahaja di seluruh dunia, tetapi mereka lah yang menguasai dunia. Amerika negara kuasa besar itu juga dikuasai oleh mereka. Negara-negara Islam yang kaya dengan hasil bumi juga dikuasai ekonominya oleh mereka. Mesir misalnya, adalah negara yang subur dengan tanaman gandum, tetapi tiada satu pun syarikat gandum di Mesir milik oleh Islam. Kesemuanya milik syarikat Amerika yang menjadi milik Yahudi.

Kembali kepada sirah Nubuwah, ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, Baginda yang pantas mewujudkan "Pasar Ansar" tempat perniagaan untuk umat Islam. Siapa sahaja boleh berniaga termasuk yang bukan Islam dengan syarat, mesti mengikut peraturan sistem muamalah Islam. Kewujudkan Pasar Ansar ini berjaya menggugat penguasaan ekonomi Madinah oleh Yahudi. Akhirnya dengan wujudkanya rangkaian perniagaan ini, umat Islam menguasai ekonomi Madinah. Kerana pentingnya penguasaan ekonomi, maka Rasulullah pernah berpesan, " Islam itu adalah Iman dan Mal (harta)"

Mengambil `ibrah dari pengajaran inilah, seharusnya kita kembali kepada "Pasar Ansar" untuk mewujudkan rangkaian perniagaan Islam yang menepati kehendak Muamalah Islam sekaligus mendekatkan kita kepada keberkatan dalam perniagaan. Maka hari ini, rangkaian perniagaan Pasar Ansar ini terdapat dalam sistem Multi Level Marketing Syariah yang diasaskan dan diperjuangkan oleh HPA.

Jutawan hartanah Amerika, Donald Trump pernah ditanya dalam siri Oprah, " Jika hari ini anda menjadi bankrup, apakah yang akan anda lakukan?" lalu Donald Trump menjawab," Saya akan jalankan perniagaan Multi Level Marketing".

Seharusnya kita menyedari, umat Islam hanya boleh menguasai ekonomi pada hari ini melalui rangkaian perniagaan MLM. HPA telah membuktikannya apabila kita muncul sebagai syarikat Bumiputera yang paling tinggi jumlah exsportnya keluar negeri.

wallahua'alam.

Marilah Bersama HPA. Mari bersama Rangkaian Smart Purnama Network. Kami akan membimbing anda dalam dunia MLMS ini. Insyallah.

Kelebihan Menjadi Ahli HPA Rangkaian Smart Purnama Network

Terlibat dalam MLM Syariah HPA memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar khususnya kepada mereka yang ingin serius menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan menjadi pendokong perjuangan HPA. Melalui kesatuan Smart Purnama Network ini, mereka yang baru mengenali dan menyertai HPA akan dibimbing dan dibantu oleh sahabat-sahabat lain yang berjaya dan aktif. Berikut adalah kelebihan menjadi ahli rangkaian ini :

* mendapat bantuan dan bimbingan untuk ke kursus PBC dan pengumpulan 300 PV

* mendapat bantuan dan bimbingan untuk menyertai mana-mana kursus perawatan dan perkongsian ilmu anjuran HPA dan Kelab Pemimpin HPA

* berpeluang mengikuti beberapa siri program bimbingan dan latihan kepimpinan menjadi leader anjuran Smart Purnama Network

* berpeluang mengikuti pelbagai program lain seperti program perawatan Islam dan perkongsian ilmu herba anjuran Smart Purnama Network

* peluang untuk mendapat pelbagai bahan promosi bagi membantu penajaan dan bimbingan rangkaian masing-masing yang disediakan oleh Smart Purnama Network

dan lain-lain kemudahan dan bantuan serta intensif menarik yang akan diumumkan dari masa ke semasa

Smart Purnama Network mempunyai kekuatan ukhuwah yang telah terjalin sesama ahli dan ikatan ini akan terus dieratkan dari masa ke semasa insyAllah. Kekuatan dana kewangan hasil sumbangan ahli rangkaian secara tidak langsung (bonus HPA-seperti yang telah dinyatakan) memungkinkan rangkaian ini akan mengatur pelbagai program untuk semua ahli rangkaian.